eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Sedih Kerana Leka Main Telefon,Lelaki Ini Tidak Sedar Anak Mati Lemas Dalam Sungai

 


Sudah menjadi kebiasaan kepada kita apabila leka dengan sesuatu pasti tidak menyedari apa yang berlaku walaupun ianya berada dekat dengan kita,Sebagai ibubapa haruslah sentiasa lebih peka untuk mengawasi anak-anak lebih lagi dikawasan yang mungkin membawa kecelakaan.

Baru-baru ini terdapat sebuah rakaman video yang memaparkan mayat bayi lelaki yang hanyut di bawa air sungai. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Jakarta Timur pada hari Jumaat yang lalu.

Menurut laporan, mangsa dikatakan berada di rumah bersama bapanya tatkala ibunya sedang bekerja. Hal ini, mangsa didakwa telah keluar dari kediaman ketika bapanya sedang ralit bermain telefon bimbit sebelum mayat mangsa di temui di sungai.

Oleh hal yang demikian, punca kejadian itu dipercayai ekoran sikap kecuaian si bapa yang sibuk dengan telefon bimbit sehingga tidak sedar akan keberadaan anaknya.

Sikap dan perbuatan si bapa mengundang kecaman dan kemarahan para netizen di mana terdapat beberapa komen yang mengatakan telefon bimbit lebih penting dan utama berbanding dengan anak sendiri.




Sumber: yuni.rusmini.58