Biarpun memang mustahil untuk kita memilihara haiwan liar seperti harimau ini, namun lain pula halnya menerusi video yang tular baru-baru ini. Menerusi rakaman itu kelihatan seorang lelaki sangat ‘mesra’ dengan harimau tersebut. Lelaki itu bergurau dan bermain bersama harimau itu dengan selambanya.
Apa yang lebih mencuri perhatian adalah telatah harimau itu yang manja seperti kucing! Berikut adalah perkongsian video harimau diusap perutnya yang telah dimuat naik di Twitter baru-baru ini:
Belly rubs 🤗 pic.twitter.com/GZ7rFZ6fyn
— Nature & Animals🌴 (@AnimalsWorId) January 22, 2021
Alahai, bukan main manja lagi harimau ini ya! Dah macam kucing pun ada. Memang selamba habislah lelaki ini. Berani betul dia bermain dengan harimau macam itu. Apa-apapun perkongsian video harimau diusap perutnya ini telah meraih lebih 4.6 juta tontonan dan 5,600 retweets serta 15 ribu likes.
Sumber: AnimalsWorId