eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Seronok Adik Ini Disuruh Siram Pokok Dengan Dia Disiramnya Sekali

 


Memang seronok jika dapat melakukan banyak aktiviti bersama si kecil. Sama ada melakukan aktiviti mengemas rumah, menanam pokok mahupun membasuh pakaian, ternyata ia satu moment yang menarik untuk diingati. Secara tidak langsung, ia dapat memupuk sifat anak-anak yang suka membantu ibu bapa mereka dalam menguruskan rumah.

Biarpun begitu, berbeza pula dengan satu rakaman yang dimuat naik oleh sebuah akaun di media Twitter iaitu milik @axzrule apabila ia memaparkan tentang seorang kanak-kanak yang lencun dibasahi air ketika menyiram pokok bunga. Menerusi video itu, kanak-kanak difahamkan untuk melakukan penyiraman pokok di halaman rumahnya.


Namun begitu, lain pula yang terjadi apabila kanak-kanak terbabit telah bertindak untuk membasahkan diri sambil menyiram pokok bunga yang ada. “Key to grow is watering yourself. Suroh mandikan pokok, dia mandi sekali. Satu kali arong ah kirakan”, kata pemilik akaun terbabit dengan nada lucu. Ternyata, gelagat budak berkenaan telah membuatkan ramai warganet yang terhibur dengannya di samping ada yang turut memuji kecomelan kanak-kanak itu.


Video yang dirakam selama beberapa saat tersebut telah meraih perhatian ramai sehingga mencapai ribuan penonton setelah ia dimuat naik pada laman Twitter lelaki terbabit. 

Sumber: axzrule