eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

"Steady Abang Ni Tarik Suara" Sambil Tebar Roti Sambil Perfom Menyanyi


Setiap dari kita ada kelebihan masing-masing dan menyanyi merupkan suatu anugerah yang mana tidak semua mampu untuk melantunkan suara dengan merdu lebih-lebih lagi bagi mereka yang sememangnya minat dengan perkara tersebut 

Telah tular sebuah video yang menjadi perhatian ramai dilaman Twitter milik @mayom___.yang menampilkan seorang penebar roti sambil menyanyi




 


Sambil menyanyikan lagu Niat Di Hati Taknak Berpisah amat menusuk kalbu suaranya ,Lebih menjadi tumpuan apabila dia juga turut santai menyanyikan lagu berkenaan sambil menyiapkan roti canai yang dibuatnya. “Steady abang tarik sambil tangan tebar roti canai”, kata pemilik akaun terbabit. Ternyata, rakaman terbabit telah membuatkan ramai warga netizen yang berasa kagum dengan kebolehan suaranya di samping ada yang turut memuji kehebatan yang dimiliki.

Video yang sempat dirakam oleh salah seorang individu terbabit telah berjaya mencuri tumpuan orang ramai sehingga menerima sebanyak 338 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter berkenaan setelah ia dimuat naik pada beberapa jam yang lalu. 






Sumber: @mayom____