eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

TERKINI: 4,008 Kes Positif Baharu Covid-19, Selangor Catat 1,391 Kes Positif Hari Ini

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat penambahan kes positif Covid-19 iaitu 4008 kes. Sehubungan dengan itu, sebanyak 2,374 kes telah sembuh.

Ketua Pengarah Kesihatan, tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 adalah 169,379 kes.

Bagaimanapun, jumlah kes aktif di negara kita mencecah 41, 087 kes. Daripada jumlah tersebut terdapat 246 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 96 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dukacita dimaklumakan bahawa terdapat 11 kes kematian. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 630 kes.

Jumlah kes harian hari ini, 20 Januari 2021 merupakan antara kes tertinggi yang pernah dilaporkan sebelum ini.

Senarai pecahan bilangan kes positif Covid-19 di seluruh negara setakat hari ini, 20 Januari 2021.

Status Terkini #COVID19, 20 Januari 2021 
Kes sembuh=2,374
Jumlah kes sembuh=127,662 kes 
Kes baharu positif=4,008 kes (4,003 tempatan, 5 import) 
Jumlah positif=169,379
Kes kematian=11
Jumlah kes kematian=630 kes 
Kes dirawat di ICU=246 kes 
Bantuan Alat Pernafasan=96 kes




Sumber:KKM