eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

TERKINI:Paling Tinggi Hari Ini, 5,728 Kes Positif Covid-19

 


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes positif Covid-19 di Malaysia setakat hari ini, 30 Januari 2021 adalah sebanyak 5, 728 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara kita meningkat kepada 209,661.

Menerusi kiriman daripada Twitter KKM memaklumkan bahawa terdapat 3,805 kes yang telah sembuh dan dibenarkan keluar wad. Ini menjadikan jumlah kumulatif pesakit sembuh meningkat kepada 161,527.

Daripada jumlah baru pesakit Covid-19, secara tidak langsung meningkatkan jumlah kes aktif kepada 47,388. Justeru, terdapat 319 pesakit menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuklah 120 pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat 13 kematian dilaporkan pada hari ini. Jumlah kumulatif kes kematian terus meningkat kepada 746 kes.




Senarai jumlah kes positif mengikut negeri.

Seperti yang dilihat di infografik di bawah menunjukkan Selangor mencatatkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 3,285 kes. Daripada itu, Johor juga catat kes tinggi dengan 792 kes.

Setakat hari ini, negeri Perlis sahaja tidak mencatatkan peningkatan kes Covid-19.

COVID-19;  30 Jan 2021

J sembuh baru: 3,805
J kumulatif sembuh: 161,527 (77.04 %)

J kes baru; 5,728
J kumulatif:209,661
J kes aktif:47,388

Kes tempatan:5,723 
Kes import:5 (2WN, 3BWN)

J kematian:13 (12WN, 1BWN)
J kumulatif:746 (0.36 %)

J kes di ICU:319
Pesakit Intubated:120