eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Tuanku Santai Bonceng Motor Penduduk Kampung “Baru betul Lesen Agong!”

 

Umum sedia maklum bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan mencemar duli menziarahi kawasan-kawasan yang dilanda banjir khususnya di Pahang sejak beberapa hari yang lalu.

Santuni Rakyat Jelata Tumpang Motor Penduduk

Baginda bukan sahaja memantau keadaan banjir terkini tetapi turut menghulurkan bantuan dan memasak makanan buat mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan sementara.

Selain daripada itu, baginda Agong turut masuk ke dalam kampung untuk melihat rakyat-rakyat Pahang yang menjadi mangsa banjir. 



Ni baru betul lesen Agong

Apa yang menarik perhatian warganet adalah tindakan baginda yang hanya membonceng motosikal penduduk kampung bagi menyantuni rakyat jelata di Kampung Binjai, Lipis.

Hal tersebut menjadi perbualan warganet di ruangan komen dengan merasakan istilah ‘lesen Agong’ sememangnya wujud dan akhirnya ternyata benar selepas KDYMM Agong dengan santai membonceng motosikal seorang pemuda kampung.



KDYMM Baginda Agong telah menziarahi daerah-daerah di Pahang yang sedang dilanda banjir buruk dengan memberikan bantuan dan juga sumbangan kepada mangsa-mangsa bencana sejak beberapa hari yang lalu.