eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Aksi Ayah Struggle Jaga Baby Meragam "Ibu Sampai Terus Diam"

 


Setiap pasangan yang berumah tangga pastinya tidak sabar menanti detik kelahiran cahaya mata mereka.

Namun apa yang paling penting adalah kedua-dua pasangan harus bersedia untuk memikul tanggungjawab membesarkan cahaya mata mereka dengan sebaik mungkin.

Ragam bila ayah jaga anak




Tambahan pula jika isteri turut bekerja, jadi ada waktu tertentu bapa juga perlu bergilir menjaga anak ketika ketiadaan ibu bersama anak mereka.

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di aplikasi TikTok oleh saudara Arasyi Zubaidillah ini telah mencuti tumpuan ramai.

Beliau berkongsi satu video memaparkan dirinya menjaga bayi seorang diri ketika di dalam kereta.

Isterinya keluar seketika menghantar barang

Berdasarkan rakaman video berkenaan, isterinya keluar seketika untuk menghantar barang dan jadi bapa ini perlu mengambil alih tugas mengasuh anak mereka.

Namun begitu, sebaik sahaja si comel ini menyedari ketiadaan ibunya, kelihatan si comel ini sedikit terganggu.

Si ayah cuba bermacam cara supaya anaknya tidak meragam




Malah, setelah beberapa ketika, si comel ini dilihat mula meragam sehingga Arasyi terpaksa melakukan bermacam-macam perkara demi menenangkannya.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah sebaik sahaja ibunya masuk ke dalam kereta, bayi tersebut terus senyap dan tidak meragam.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan kecomelan bayi ini sepanjang berada dibawah jagaan bapanya itu.



@arasyi_25

ampa ingat senang ke ? fyp lak ke ni😂. btw korang bosan tu boleh cuba install litmatch mana tahu jumpa kawan baru ❤️

♬ original sound - aisyahazizzz - ✨🌸aaisyahaziz_🌸✨
sumber: arasyi_25