eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Aksi Budak Ini Baling Botol Dekat Chef ,Buat Ramai Geram

 


Membawa anak kecil keluar makan adalah salah satu dugaan yang mencabar buat ibu bapa kerana mereka tidak akan dapat menduga jika anak mereka akan berkelakuan baik atau tidak.

Sesetengah kanak-kanak akan meragam kerana tidak selesa berada di tempat yang ramai orang, sementara ada juga jenis yang suka ke hulu ke hilir dan tidak reti duduk diam, membuat ibu bapa tidak dapat menikmati hidangan dengan tenang di samping pelanggan lain juga turut terganggu.

Sebuah video yang tular dengan 1 juta tontonan di Twitter baru-baru ini menunjukkan bagaimana sebuah keluarga pergi makan di sebuah restoran bersama seorang kanak-kanak kecil.



Ketika tukang masak sedang menyediakan makanan di hadapan keluarga itu, tiba-tiba sebuah botol susu masuk ke atas meja memasak cef tersebut yang terkejut benda itu dicampakkan ke arahnya.

Cef itu mengembalikan botol itu kepada keluarga berkenaan sebelum sambung memasak sementara keluarga berkenaan ketawa geli hati dengan tingkah laku kanak-kanak yang baling botol itu.

Budak lelaki berkenaan juga langsung tidak kelihatan kesal sebaliknya memberikan senyuman nakal seolah-olah perkara itu lucu baginya, mengundang rasa geram orang ramai.