eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Aktor Lagenda Hong Kong, Ng Man-tat Meninggal Dunia ‘Jurulatih’ Shaolin Soccer

 


Pelakon veteran Hong Kong, Ng Man-tat dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 70 tahun dipercayai akibat komplikasi kanser.

Memetik sumber laporan, Tat yang pernah memegang watak sebagai jurulatih bola sepak dalam filem Shaolin Soccer (2001) itu sebelum ini dirawat di hospital kerana mengalami masalah kanser hati.

Bagaimanapun kesihatannya didakwa merosot sejak dua bulan lalu, sebelum lebih kritikal akhir-akhir ini sehingga dirawat di unit rawatan rapi.

Usaha perubatan tidak berjaya, Tat dilapor meninggal dunia setelah beberapa organ dalamannya gagal berfungsi.


 

Sumber: Dimsum Daily, CGTN