eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Anak Meraung Nak Gelang Emas,Masa Mengandung Ibu "Ngidam" Emas "Mahal Mainan Ko Dik"

 


Emas dan perempuan memang tidak dapat dipisahkan. Bagaimanapun, selalunya yang suka kumpul barangan kemas ini adalah para ibu tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila seorang kanak-kanak terlihat meraung seperti baru lepas kena cubit walhal ingin gelang tangan emas yang dipakai oleh ibunya.

Perkongsian video kanak-kanak itu telah dimuat oleh ibunya sendiri yang dikenali sebagai Normasulaiman di aplikasi TikTok.
 


@normasulaiman

Dulu mengandungkan dia mama mengidam emas . Sekarang ? 🥴

♬ original sound - missinOnO

Kapsyen itulah disertakan dengan video tersebut apabila si ibu mengakui bahawa dahulu dia sangat mengidam barang kemas dan tak sangka pembawakan budak itu terbawa-bawa sampai anaknya dah besar sampai berebut gelang emas yang dipakainya dengan anak.

Perkongsian itu dibanjiri ratusan komen yang turut tidak menyangka kanak-kanak itu boleh menangis seteruk itu semata-mata inginkan gelang emas ditangan emaknya dan kemudian perlahan-lahan diam selepas gelang emas itu bertukar tangan.