eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Atuk Meninggal, Gadis Kesal Ibu Dilayan Kasar Dibalai Ketika Mohon Rentas Negeri

 




Sejak Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) 2.0 kembali dilaksanakan, urusan merentas negeri sama sekali tidak dibenarkan kecuali atas sebab-sebab mustahak.

Namun begitu, surat kebenaran merentas negeri perlu mendapat kelulusan daripada pihak balai polis terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.

Akan tetapi, banyak dakwaan berkaitan kesukaran mendapatkan kelulusan merentas negeri walaupun berkaitan dengan kematian ahli keluarga terdekat.

Ibu Dilayan Macam Sampah

Dalam satu perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Sarah Mustafa, dia memaklumkan bahawa ibunya dilayan seperti sampah ketika memohon surat merentas negeri untuk menguruskan pengebumian datuknya yang meninggal dunia.



Tidak Sempat Cakap Dah Kena Potong

Menurut Sarah, ibunya dilayan dengan kasar dan tidak memberikan peluang untuk mereka menjelaskan situasi yang dihadapi ketika itu. Dia mendakwa anggota yang bertugas bercakap dengan somong dan kurang ajar.

Jadi, mereka mengambil keputusan merentas negeri tanpa surat pelepasan dari balai polis tersebut. Gadis itu bersyukur kerana pihak Sekatan Jalan Raya (SJR) memberikan kerjasama dan kebenaran memandangkan mereka mempunyai bukti surat kematian.



Diakhir perkongsian tersebut, pengguna Twitter berkenaan mengucapkan syukur kerana urusan pengebumian datuknya berjalan dengan lancar dan mereka dapat menghantar jenazah hingga ke tanah perkuburan.





Ramai yang pernah alami

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet turut berasa kesal dengan keadaan yang dialami oleh Sarah sekeluarga. Mereka menzahirkan ucapan takziah diatas kehilangan ahli keluarganya.

Dalam pada itu, ramai yang berkongsi pengalaman ‘pahit’ mereka yangsama seperti dihadapi oleh keluarga gadis terbabit ketika meminta surat kebenaran merentas negeri bagi urusan kematian.