eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Biodata Penuh Suami Hannah Delisha, Imam Shah

 


Semalam kecoh apabila secara tiba-tiba pelakon jelita memuat naik foto dirinya yang sudah bernikah dengan jejaka pilihan hatinya. Dalam diam-diam, rupa-rupanya pasangan sama cantik sama padan ini sudah menjalinkan hubungan cinta selama 5 tahun!

Hannah Delisha dan jejaka pilihannya itu melangkah ke peringkat hubungan seterusnya dengan mendirikan rumahtangga pada 18 Februari 2021.

Pastinya ada yang tertanya-tanya siapakah jejaka bertuah pilihan Hannah Delisha ini? Jejaka tersebut adalah Imam Shah yang merupakan seorang pelakon berasal dari Singapura. Biarpun begitu, Imam Shah pernah membintangi beberapa drama yang disiarkan di TV iaitu Kau Yang Pertama dan Lafazkan Kalimah Cintamu.

Jom kenali serba sedikit mengenai diri suami Hannah Delisha ini melalui biodata berikut:

Biodata Imam Shah

NAMA PENUH: Muhammad Imam Shah Abdul Mutalib
NAMA POPULAR: Imam Shah
UMUR: 32 tahun
ASAL: Singapura
DRAMA DAN FILEM: Kau Yang Pertama, Lafazkan Kalimah Cintamu, Saga 2, Mengejar Mentari, S.O.S dan banyak lagi
INSTAGRAM: imamemy

Foto Terkini







Untuk info, suami Hannah Delisha juga bukanlah calang-calang pelakon. Bagi menjayakan wataknya dalam filem Saga, dia sangat komited menjalani latihan untuk menjadi fighter. Selain itu Imam Shah juga turut menteladani pelakon dari Malaysia iaitu Bront Palarae.