eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Darjah Kebesaran Farid Kamil & Boy Iman Ditarik Balik, Tidak Dibenarkan Memakai Sebarang Gelaran

 


Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang yang diterima dua pelakon iaitu Farid Kamil dan Boy Iman telah ditarik balik.

Perkara berkenaan diumumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Yang Berhormat Setiusausaha Kerajaan Negeri Pahang Pendaftar Darjah.

“Menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur kepada penama di bawah dengan ini DITARIK BALIK DAN DIBATALKAN SERTA MERTA.

“Penama tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah – Darjah Kebesaran dan Bintang – Bintang Negeri Pahang,” jelas kenyataan tersebut.

Pelakon Farid Kamil mendapat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato pada tahun 2017, manakala Boy Iman juga turut mendapat anugerah tersebut pada tahun yang sama.