eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

“Eee Comel!” Wanita Ini Kongsi Cara Tenangkan Anak Kecil Menangis

 


Di Twitter, seorang pengguna media sosial ini berkongsikan satu video cara tenangkan anak kecil menangis. Menerusi rakaman itu kelihatan seorang wanita bersama anak kecil yang sedang menangis.

Wanita itu menghampiri anak kecil tersebut dan bertanyakan padanya, “Awak rasa kecewa?”. Kemudian wanita ini menyuruh anak kecil itu tarik nafas dan hembus beberapa kali. Anak kecil itu kemudiannya rasa lebih baik dan kembali tenang. Berikut adalah video rakaman cara tenangkan anak kecil menangis ini:



Ternyata, buat begini pada kanak-kanak boleh melegakan rasa marah dan kecewa mereka. Rasanya ia juga sesuai dilakukan oleh orang dewasa untuk menenangkan diri. Apa-apa pun video tersebut telah meraih lebih 139 ribu tontonan dan 8 ribu retweets serta 10 ribu likes.

Sumber: Twitter