eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Gadis Ini Kena ‘Tahan’ Bapa Sendiri Di Roadblock Polis "Patah Balik Patah Balik"


Umum sedia maklum bahawa sekatan jalan raya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dikuatkuasakan disetiap checkpoint bagi mengelakkan berlaku rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran pihak berkuasa berlaku.

Jadi, disetiap sekatan tersebut pastinya ada anggota polis yang bertugas bagi mengawal lalu lintas dan melakukan pemeriksaan kepada mana-mana kenderaan yang melalui sekatan itu.

Bapa sendiri tahan di roadblock

Namun, menerusi satu perkongsian di Twitter milik seorang pengguna dikenali sebagai Isma, dia telah memuat naik situasi lucu yang dihadapi olehnya apabila anggota polis yang melakukan pemeriksaan adalah bapanya sendiri.


Ada surat kebenaran sebab ulang-alik kerja

Melihat kenderaan anaknya yang melalui sekatan berkenaan, bapa pengguna Twitter itu menahan menggunakannya dengan bersungguh-sungguh dan berlagak seperti anggota polis yang garang dengan berpura-pura memintanya berpatah balik.

Walau bagaimanapun, Isma menjelaskan bapanya sedia maklum bahawa dia mempunyai surat untuk berulang-alik pergi ketempat kerja dan sekadar bergurau dengan bapanya sahaja. 



Doakan ayah & pasukan dilindungi semasa bertugas

Di akhir perkongsian tersebut, gadis tersebut sempat meminta orang ramai agar mendoakan bapanya dan pasukan keselamatan yang lain dalam menjalani tugas sepanjang PKP ini.


Sumber: Ismadianaaaaa