eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Geng Rider Borong Mainan Untuk Anak "Terharu Tengok.." Mengalir Air mata

 


Pandemik kali ini menyaksikan semakin ramai yang terjejas dari segi pendapatan dan terpaksa bekerja keras lebih dari biasa. Kita juga dapat menyaksikan lambakan penghantar makanan seperti rider FoodPanda yang merupakan antara khidmat penting sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama dahulu.

Pastinya keadaan sekarang membuatkan mereka sibuk dengan kerja dan kurang meluangkan masa dengan keluarga. Seperti apa yang dikongsikan di halaman Facebook ini di mana ramai rider FoodPanda yang berhenti sebentar untuk membeli mainan untuk anak mereka.

Sebak! Mengalir air mata. Terharu tengok abang-abang food panda datang beli mainan untuk anak.



Perkongsian di Facebook Harga Rapat itu menyaksikan geng Foodpanda yang membeli mainan untuk anak-anak mereka. Ada juga yang sudah lama tidak membeli hadiah untuk anak-anak kerana terlalu sibuk dengan kerja. Malah semasa sedang sibuk membeli mainan pun, mereka sempat menghantar pesanan dahulu sebelum kembali semula.

Bila tanya beli untuk siapa. Ada yang beli untuk besday anak minggu ni. Ada yang nak reward diri main dron sekali sekala. Ada yang beli untuk anak sedara. Ada yang cakap dah lama tak beli mainan untuk anak sebab sibuk kerja.


Kami tanya berapa trip dapat . Diorang cakap time pkp ni boleh lah dapat 20-30 trip sehari. Kerja 9 pagi sampai 10 malam. Time tengah pilih barang untuk anak, masuk order makanan. Tinggal jap. Hantar makan dulu pastu datang balik.

Ketika ditanya adakah mereka penat menghantar makanan, ini jawapan mereka:

Bila tanya penat tak? Diorang cakap penat takper janji anak bini di rumah ada makan. Allahu.



Rata-rata netizen turut mendoakan semoga semua rider FoodPanda ini dimurahkan rezeki dan dilindungi semasa bertugas. Kalau diikutkan, memang sangat besar jasa mereka terutamanya dalam keadaan pandemik seperti sekarang ini kan.

Sumber: HARGA RAPAT