eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Ibu Kucing Ini Menangis Kerana Anak Baru Lahir Mati "Sedih Tengok"

 


Perkara ini dapat digambarkan menerusi sebuah rakaman yang dimuat naik oleh satu akaun di Twitter iaitu milik @SinstuffCo apabila terdapat seekor kucing betina yang baru sahaja melahirkan anaknya. Kucing itu dilihat telah berjaya melahirkan ketiga-tiga anaknya namun timbul pula perkara lain dimana salah seekor daripada bayinya tidak dapat diselamatkan.


 

Meskipun begitu, ibu kucing berkenaan tidak faham dengan situasi terbabit kerana ia masih menjilat keseluruhan badan tanpa mengetahui bahawa anaknya telah mati. Sebaik sahaja pemiliknya cuba mengambil anak kucing tersebut, ia dilihat sangat panik dan apabila tuannya datang semula ke sangkat tersebut, ternyata ibu kucing itu dilihat sedang bergelinangan air mata.

Rakaman itu sedikit sebanyak membuatkan ramai warga netizen yang sebak melihat kejadian terbabit di samping ada yang turut menzahirkan rasa kasihan mereka.




Sumber: Twitter