eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Isteri Tak Reti Masak Suami Okay Saja "Ayam Hangus Pun Dikunyah"

 




Pasti ada diantara kaum wanita yang tidak semuanya pandai memasak terutamnya sekali bagi mereka yang baru melangkah ke alam berumah tangga,dan pastinya memerlukan beberapa kali percubaan untuk memasak barulah mampu memasak lebih sempurna tapi sekurangnya mencuba itu lebih baik dari membeli makanan dikedai bak kata orang tua-tua menambat hati suami dengan air tangan sendiri

Walaupun Hidangan Simple je Tapi Ikhlas..

Seperti wanita ini,yang baru berjinak-jinak untuk memasak walaupun bukanlah handal memasak seperti seorang chef semangat untuk tidak berputus asa dalam memenangi hati suami itu ada.Menerusi perkongsian sebuah video tiktok ,@siigitom dilihat cuba menyiapkan hidangan untuk dimakan bersama si suami.selain sayuran dan udang berserta fishball ada satu hidangan sepecial yang menarik perhatian ramai





@siigitom

Cuba jadi isteri yang baik untuk suami 🥰🥰 #hbbeautystudio #supikanterminal #siigitom #inanam

♬ original sound - mruneek323

Ayam Hangus Tetap Suami Belasah Makan Jugak

Demi menjaga hati isteri lelaki berkenaan tetap menikmati ayam hangus tersebut walaupun hangus ia hanya luaran tetapi dalam masih sedap untuk dijamah ,malah beliau sempat menyindir makanan tersebut "kenapa kau seksa tu ayam begitu" walaupun begitu wanita tersebut yakinkan beliau bahawa hanya luaran sahaja nampak kurang menarik tapi dalam tetap enak untuk dimakan


@siigitom

Tq masi mencuba kekurangan si isterimu ni 🥰🥰 #hbbeautystudio #supikanterminal #siigitom #inanam #kotakinabalu #sabah

♬ original sound - Sii Gitom

melalui perkongsian video tersebut hampir tiga juta lebih tontonan dan dihujani pelbagai komen-komen yang menarik menghiburkan dan rata-ratanya kagum dengan semangat si isteri untuk menjaga perut suami

Sumber:siigitom