Meninggalkan anak kecil berseorangan dengan adiknya sering sahaja berakhir dengan tragedi yang membuat ibu naik darah.
Bila dibiarkan sendirian pasti ada sahaja idea-idea licik dan nakal yang muncul dalam kepala otak anak-anak untuk melakukan eksprimen ke atas adik mereka.
Bayangkan pula ibu penat selepas habis buat kerja dan baru ingin berehat tetapi anak-anak pula buat hal, pasti rasa tertekan.
Itulah juga yang dapat disaksikan dalam sebuah video TikTok yang tular ini apabila seorang ibu bertempik marah melihat apa yang anak perempuannya lakukan terhadap adiknya di dalam buaian.
@syaazz.zz Balas kepada @taktahua habeh adik hgg jadii lanunn !!!! #fypシ #foryoupage
♬ bunyi asal - 𝓂𝒹𝓈𝓎𝒶𝒽𝓂𝒾𝑒✔️
Video yang telah meraih 2 juta tontonan itu menunjukkan seorang ibu mengamuk apabila menemui bayinya di dalam buaian dengan muka berconteng pen marker.
Dia kemudian memarahi anak perempuannya yang sedang menyorok di belakang pintu kerana conteng muka adiknya sehingga kelihatan seperti lanun.
@syaazz.zz Balas kepada @eisya_azmi kasihh yer awk ii semua bukan mira🤣 #foryoupage #fyp
♬ bunyi asal - 𝓂𝒹𝓈𝓎𝒶𝒽𝓂𝒾𝑒✔️
Reaksi ibu kanak-kanak berkenaan yang mengamuk dan memarahi anaknya kerana conteng muka adik meraih pelbagai reaksi dari netizen, ada yang dapat relate dengan situasi itu dan ada juga yang merasakan dia terlalu garang terhadap anaknya yang masih tidak faham apa-apa.
Sumber:@syaazz.zz