eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Kegigihan Pemuda Ini ,Peroleh ‘sales’ Sampai RM19K Dipuji Ramai

 


Menceburi bidang peniagaan memerlukan seseorang itu berusaha keras untuk membuatkan hasil jualan terjual. Kini kita dapat lihat pelbagai peringkat umur mula berjinak-jinak untuk mencari side income atau berniaga sekadar untuk suka-suka tetapi ramai yang memandang serius dalam menceburi bidang ini.

Apatah lagi dengan perkembangan terkini tidak lagi menghalang untuk sesiapa diusia muda untuk berniaga dan nampaknya itu jugalah yang dikongsikan dalam video oleh seorang pemuda TikTok bernama Amzar Airil.

Dia berkongsikan kepada semua apa yang dijualnya sehingga mampu memperoleh jualan yang banyak apabila dia menerima pertanyaan ramai mengenai hal itu.

“Ramai tanya jual ape kat asrama sampai sales RM19k?”


Walau bagaimanapun, dia menunjukkan usahanya bersama rakan-rakan dalam memasarkan baju brand sendiri dan bersyukur kerana mendapat banyak tempahan yang terjual.

Menurutnya bahawa dia mendapat jualan 500 helai dalam masa lima hari selepas memasarkan disetiap bilik malah mereka juga berusaha sampai waktu malam dan mengadaikan waktu tidur demi perniagaan mereka.

Usaha, doa, tawakal

@amzarairil

Usaha , doa , tawakkal 🙌🏻 #foryourpage #fypシ #fyp #fyppppppppppppppppppppppp

♬ Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti - Anneth

Perkongsian video pemuda ini bagaimanapun dibanjiri dengan komen kata-kata positif dan dijadikan inspirasi buat anak-anak muda disamping memuji kegigihan mereka.