eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Kerana Trauma ,Lelaki Ini 20 Tahun Tak Pernah Minum Air Putih Sejak Umur 9 Tahun

 


Baru-baru ini, seorang lelaki di Korea membuat pengakuan yang agak mengejutkan di sebuah program variety-K, ‘Da Kuomin’ di mana dirinya tidak pernah minum air putih selama 20 tahun kerana didakwa mempunyai trauma ketika dirinya kecil.

Difahamkan, lelaki tersebut mendakwa dirinya berhenti menyentuh air putih ketika berusia 9 tahun. Ketika itu, dirinya minum air bercampur tanah dan secara tidak sengaja ia membuatkan lelaki tersebut mengalami trauma.




Dirinya dipercayai hanya mengambil arak sebagai penganti bagi mengembalikan hidrasi badannya. Hal ini, ramai orang tidak berhenti memujuk dan memberi amaran kepadanya tentang kesihatan namun lelaki tersebut tidak peduli bahkan mengabaikan segala nasihat.

Oleh sebab itu, lelaki itu dipercayai mengalami kenaikan berat badan yang mendadak malah dirinya hanya membuang air kecil sekali sehari.

Pada akhir program, kru mencabar dirinya untuk minum tiga cawan minuman yang berisi air limau, teh dan air putih. Dalam beberapa saat lelaki itu minum, dirinya segera memuntahkan semula minuman tersebut. Bagaimanapun, lelaki itu dinasihati untuk menggantikan minuman arak kepada teh.