eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Kesian Ibu Kucing Pindah Anak Tapi "Gelabah" Lupa Letak mana "Terhibur Hati Netizen

 


Kisah seekor ibu kucing yang dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok bernama NorAzwa mengundang warganet tercuit hati. Rasanya pencinta kucing pasti pernah melihat ibu kucing sering mengalih anak-anaknya yang masih kecil.

Begitu jugalah yang dikongsikan apabila kucing milik seorang wanita ini memindahkan anak-anaknya sehingga menghadapi situasi terlupa meletakkan anaknya dimana.

Kedengaran juga suara pemiliknya mengatakan bahawa ibu kucing tersebut meletakkan anaknya diatas katil lalu membawa turun kembali dan dia juga berkongsikan kisah sebelum perkara itu berlaku.

“Alkisahnya mak meow ni lupa dia ada pindahkan anak dia seekor dekat atas katil ni. Nampak tak dia tercari-cari tu?? Dia dengar lagi anak dia mengeow, keluar lagi. Dah lupa pastu menggelabah cari, padahal dia sendiri letak dekat atas katil tu”

“Sebenarnya, dari bilik sebelah bawak ke bawah katil bilik ni, pindah balik ke bawah kerusi kecil tu. Lepas tu pindah lagi ke drawer putih sebelah tu.

“Macam ini lah selagi anaknya belum besar. Entah berapa puluh kali nak pindah tak tahu la” tulisnya.


 

@rzwa85

Allah Maha Besar.. haiwan pn tahu menjaga dan lindungi anknya.. tak boleh ank mnjerit terus gelabah😅 #fyp #fypシ #catlover #tiktokviral

♬ original sound - Cutepetshow
Sumber:@rzwa85