eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Kucing Berebut Durian Sampai Kena Gigit Dengan Tuan

 


Sesiapa yang memiliki kucing di rumah pasti tahu bagaimana aksi kucing mereka apabila terhidu bau busuk. Mereka akan cuba menggali dan menimbus sumber bau busuk itu seperti mana mereka lakukan selepas membuang najis.

Apa yang lucu itulah juga reaksi kebanyakan kucing apabila terhidu bau durian. Kucing memang tidak gemar dengan bau durian yang kuat dan menganggap raja buah itu sebagai sesuatu yang harus ditimbus dalam tanah untuk menghilangkan baunya.

Namun berbeza dengan kucing seorang lelaki Indonesia ini yang nampaknya langsung tidak kisah dengan bau durian. Malah, mereka sangat menggemari buah itu sehingga berebut-rebut untuk makan.

Video TikTok yang dikongsikan oleh pengguna atas nama papiluplis itu menunjukkan dia sedang cuba membuka sebiji durian di hadapan dua ekor anak kucingnya.


@papiluplis

Balas @kejoradahayu

♬ Oh No - Kreepa
Namun belum habis buah itu dibuka kucingnya sudah cuba memasukkan kepala di celah buah tajam itu untuk menjilat isi di dalamnya.

Sikap kucingnya yang tidak sabar-sabar itu membuat lelaki berkenaan terpaksa menggigit telinga haiwan itu untuk menjauhkannya ketika dia mengkokak buah tersebut menggunakan kedua-dua belah tangan.

Selepas berjaya dibuka, dia memberikan isinya kepada kucing-kucingnya itu yang terus berebutkan buah berkenaan.

Perkongsian video lelaki itu ternyata membuat ramai yang pelik di samping terhibur dengan gelagat haiwan peliharaannya itu.