eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Lelaki Ini Menangis Ketika Masak, Selepas 60 Bungkus Makanan Dibatalkan Secara Tiba-tiba

 


Satu video yang memaparkan seorang lelaki menangis ketika memasak menjadi tular di media sosial. Cerita mengenai nasib yang menimpa lelaki ini agak menyedihkan.

Video yang dimuat naik oleh akaun TikTok bernama @heppy08 itu memaparkan seorang lelaki menangis kerana didakwa tempahan 60 bungkus nasi yangditempah secara tiba-tiba dibatalkan.

Video itu menunjukkan beberapa bahan makanan yang sedang disediakan. Bermula dari sayur-sayuran, cili, bawang, keropok, semuanya sudah dibeli dalam jumlah yang banyak.

Menurut portal suara.com, lelaki itu difahamkan membuat pinjaman untuk membeli segala bahan-bahan masakan tersebut. Ianya kerana, duit pendahuluan yang diberikan kepadanya tidak mencukupi untuk dia membeli bahan-bahan tersebut.

“Padahal dia meminjam untuk belanja bahan mentah”

Pada ketika itu, keadaan kewangan lelaki itu agak sempit. 60 bungkus nasi yang dipesan itu diharapkan dapat memberinya nafas sedikit namun lain yang terjadi.

Lelaki di Sumatera Utara, Indonesia itu menangis teresak-esak sambil mengacau sayur yang dimasaknya. Dia juga turut menangis di pangkuan isterinya atas kejadian itu.

“Wahai pembeli, bayangkan anda yang berada di tempatnya. Lihatlah tangisan itu. Adakah anda boleh menghadapinya?” ulas kapsyen individu yang memuat naik video tersebut.

Lelaki itu mengakui bahawa dia tidak tahu bagaimana dia hendak mencari duit bagi menggantikan duit yang telah dipinjamnya.

Makanan yang telah dimasaknya itu akhirnya dilaporkan disumbangkan ke rumah anak yatim dan juga ke masjid. Perakam video tersebut berharap agar sumbangan itu dapat menjadi pembuka rezeki untuk lelaki terbabit.

Kisah pilu berkenaan lelaki itu telah menjadi tular di TikTok. Hanya kurang daripada 24 jam, video itu telah ditonton hampir 7 juta kali.


@heppy08

darimana dia cari pinjaman untuk mengganti DP yg udah kau kasih itu pembeli yg terhormat😭tega kau menyuruh di kembalikan,#viral #tiktokmedan#medanhit

♬ original sound - Afniputrie


Sumber:  Suara.com