eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Luar Biasa Burung Ini Hasilkan Pelbagai Bunyi Curi Perhatian

 


Sebelum ini beberapa video burung yang bijak telah tular di sosial media. Ramai yang mengakui ada sesetengah spesis burung memang bijak dan boleh dilatih untuk mengajuk manusia bercakap. Menariknya ada yang boleh menyanyikan lagu, memang hebat!

Terbaharu satu lagi video telatah burung bijak telah mencuri perhatian ramai. Kali ini seekor burung bijak boleh menghasilkan pelbagai bunyi seperti menyanyikan lagu happy birthday, bunyi kucing dan pelbagai haiwan lain lagi. Berikut adalah video burung hasilkan pelbagai bunyi ini yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter:



Burung yang diberi nama Einstein ini cukup bijak! Sebut sahaja apa juga bunyi, semua Einstein boleh lakukan. Perkongsian video burung hasilkan pelbagai bunyi ini telah meraih lebih 538 ribu tontonan dan 2,800 retweets serta 12 ribu likes.


Sumber: Twitter