Buah durian sememang merupakan buah kegemaran terutamanya di Malaysia dan gelaran raja buah itu tidak dapat disangkal lagi ,tetapi lain pula cerita ini kisah kucing yang juga peminat tegar buah durian
Sepertinya pasti ada diantara kita pernah mendegar kisah kucing yang suka makan raja buah ,namun kebanyakkan kucing peliharaan yang dimiliki lebih gemar menikamati ikan atau ayam berbanding buah-buahan
Lain pula kisahnya bagi dua ekor kucing oyen ini ,pemiliknya cikocikitheoyen telah berkongsikan video gelagat kucingnya yang amat mengemari buah durian
“Kisah budak gila durian. Berguling guling nak durian…”
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik pengguna TikTok Cikocikitheoyen memaparkan dua ekor kucing Oren atau lebih mesra dengan panggilan Oyen yang gelabah apabila melihat satu bekas berisi isi durian.
Perkara itu mengundang dua ekor Oyen ini melakukan pelbagai aksi lucu kerana tidak sabar untuk menikmatinya dan momen itu sempat dirakam pemiliknya.
@cikocikitheoyen Kisah budak gila durian sampai berguling guling ##kucing ##cat ##fypシ ##fypdongggggggg ##fyp
♬ original sound - Ciko & Ciki
Dalam pada masa yang sama, warganet juga sempat berseloroh mengenai gelagat kucing Oyen mahukan durian itu dalam video tersebut.
Sumber: @cikocikitheoyen