Perkongsian Fellyliline Seruba diruangan aplikasi Tiktok mendapat perhatian ramai apabila dia berkongsikan satu rakaman video mengenai kucing miliknya. Seperti semua tahu bahawa kucing berwarna Oren atau mesra dipanggil Oyen sering menghiburkan kita dengan pelbagai teletah
Tetapi lain pula kisah si comel ini apabila seorang wanita berkongsikan kisah kucing Oyen miliknya itu apabila seakan-akan mengetahui tuannya yang mahu pulang selepas bertugas.
Menurut pengguna Tiktok ini bahawa lelaki yang dipercayai suaminya itu tidak pulang tahun lalu dan menyebabkan Oyen tidak dapat berjumpa dengan tuannya itu tetapi tahun ini lelaki terbabit dapat pulang sekali gus mengundang sebak warganet.
Ini kerana, pengguna Tiktok itu berkongsikan sepanjang Oyen menunggu tuannya itu sampai ke rumah sehingga sanggup tunggu sampai petang dimana dia tetap duduk didepan pintu.
Lalu dengan gembiranya si comel itu mendengar bunyi kasut dan segera menyambut tuannya. Perkongsian daripada pengguna Tiktok ini bagaimanapun mendapat pelbagai komen daripada warganet.
@fellylilineseruba ♬ Thousand Years - Valeriya Zahonyayeva
Selain merasa sedih melihat Oyen itu seperti mengetahui akan kepulangan tuannya itu, orang ramai juga tertarik dengan kecomelan haiwan terbabit.
Sumber:fellylilineseruba