Seorang wartawan berita dan kru TV telah dirompak ketika bersiaran langsung di Ecuador. Rakaman yang tular di Twitter itu menunjukkan seorang lelaki menghampiri pembaca berita yang sedang membuat laporan di hadapan kamera sambil mengajukan pistol.
Wartawan sukan Ecuador Diego Ordinola pada ketika itu sedang melaporkan berita sukan dari luar Estadio Monumental untuk DirecTV Sports apabila perompak itu masuk ke dalam siaran langsung mereka. Dia muncul memakai pelitup muka dan menunjuk pistol jenis revolver ke wajah pembaca berita berkenaan, Mr. Ordinola.
Pembaca berita tersebut kelihatan terkejut dan keliru tiba-tiba dihampiri individu tersebut yang menjerit ke arahnya.
Ni siquiera podemos trabajar tranquilos, esto ocurrió a las 13:00 de hoy en las afueras del Estadio Monumental.
La @PoliciaEcuador se comprometió a dar con estos delincuentes. #Inseguridad pic.twitter.com/OE2KybP0Od
— Diego Ordinola (@Diegordinola) February 12, 2021
Dalam kekecohan itu Ordinola mengajukan mikrofon kepada perompak tersebut sambil cuba menjauhkan diri sebelum perompak berkenaan menepis mikrofon yang dipegangnya.
Perompak yang kelihatan terdesak itu kemudian menjerit meminta wartawan dan kru yang sedang merakam untuk menyerahkan telefon kepadanya.
Seorang kru di belakang kamera akhirnya menghulurkan telefon bimbit dan dompet sebelum perompak itu melarikan diri.
Kejadian tersebut berjaya ditangkap oleh kamera yang merakam Mr Ordinola dan wartawan berita itu kemudian memuat naik video tersebut ke Instagram.
Sumber:@Diegordinola