eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Polis Buru Founder Produk Kecantikan, Cium Mulut "Adik Angkat"

 


Sebelum ini, tular beberapa klip video di mana seorang kanak-kanak yang dipercayai adik angkat kepada seorang lelaki ini, telah dicium di bahagian mulutnya. Walau bagaimanapun, video tersebut telah mendapat kecaman yang hebat daripada netizen. Bahkan, Tengku Mahkota Johor dan beberapa penceramah bebas turut tampil memberikan respon berhubung video tersebut

Pihak polis giat mengesan

Pihak polis kini giat mencari lelaki yang dipercayai pengasas kepada produk kecantikan, bagi membantu siasatan berhubung video yang dikongsinya di laman TikTok. Menurut Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, pihaknya turut sedang mengesan kanak-kanak tersebut berserta saksi kejadian.

Siasatan kes berkenaan lebih kepada Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak dan memberi tumpuan dalam mengesan kanak-kanak berkenaan.

Terdahulu, video seorang kanak-kanak lelaki dicium oleh abang angkatnya telah meraih pelbagai respon daripada netizen. Walau bagaimanapun, pemilik asal video tersebut yang memuat naik video itu di laman TikTok telah dinyahaktif akaunya selepas video tersebut tular.

Sumber: Harian Metro