eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Rider Sedih Pelanggan Lesap “Cancel Order” Beratus,Penat Tunggu Bawah Panas Terik

 


Bukan mudah untuk mencari rezeki terutama ketika negara kini sedang bergelut dengan COVID-19.

Dalam keadaan ini, penghantar makanan sememangnya bekerja keras dalam memberikan yang terbaik kepada pelanggan namun terkadang ada sesuatu yang tidak diduga berlaku.

Ada sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab dengan memesan makanan yang banyak namun tidak membayarnya.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang rider ini, Anas Mansor yang kecewa apabila seorang pelanggan tidak muncul untuk mengambil makanan yang dipesan.


@anasmansor99

Kalau order makanan tu please allert, tgk status makanan tu😞 #foryoupage #foodpandamalaysia

♬ original sound - Pijah Mohamad - Cek Yana


Menerusi perkongsiannya di TikTok, makanan yang berharga lebih RM100 itu sepatutnya dibayar secara tunai namun apabila sampai ke tempat yang dituju tiada seorang pun kelibat individu di situ.

Dalam keadaan panas terik, lokasi yang diberikan adalah di tengah jalan.

Kerana pelanggan tersebut tidak dapat dihubungi, pesanan itu telah dibatalkan.

Anas nyata kecewa dan buntu dengan jumlah makanan yang banyak yang tidak dibayar itu. 


Sumber:anasmansor99