eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Sebak Tengok Nenek Ini Masih Gigih Menjual Goreng Pisang Undang

 


Kegigihan seorang nenek berniaga dikongsikan oleh pengguna Tiktok menggunakan nama sebagai Mat Haikal mendapat perhatian warganet apabila perkara itu juga mengundang sebak mereka.

Ini kerana, nenek terbabit dilihat masih kuat untuk mencari rezeki halal bagi menampung kehidupan sekali gus membuatkan warga emas itu juga menjadi tumpuan ramai. Bak kata pepatah, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih merupakan ungkapan sesuai bagi mengambarkan situasi itu.

Menerusi perkongsian daripada seorang lelaki ini, di laman Tiktok miliknya memaparkan seorang nenek berniaga goreng pisang di Terengganu.


@mathaikal4

semoga murah rezeki atok ni😭Dari saya kecik sampai ke besar jual goreng pisang.kalau naik fyp korang support la#fypシ #fyp

♬ original sound - Novitha Tembhems


Walau bagaimanapun, ternyata goreng pisang nenek terbabit rupa-rupanya sudah mempunyai pelanggan setia apabila nenek yang difahamkan disapa Makyam itu sudah menjual sejak dirinya masih kecil.

Dalam pada masa yang sama, akui warganet juga bahawa gerai goreng pisang seperti yang dilakukan nenek itu dikatakan paling sedap. 

Pemuda yang berkongsikan video nenek terbabit mengakui bahawa tujuan hanya kerana mengharapkan perniagaannya habis terjual. Namun begitu, warganet juga akui merasa sayu melihat kegigihan nenek itu masih kuat berniaga.

Dalam pada itu, dia juga berkongsikan rakaman video seterusnya selepas ditanyakan pengguna Tiktok yang lain tentang lokasi gerai milik nenek terbabit.


@mathaikal4

Reply to @niksue1988 yang mana tanya kat mana tu saya dah petakan ye kedai nekyam . semoga cepat habis jualan nekyam hari2 . amin #terengganu #fypã‚·

♬ original sound - Mat Haikal
Sumber:mathaikal4