eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Sedih Selepas 4 Bulan Isteri "Pergi" Suami Menangis Diminta Pindah Rumah Sewa

 




Kehilangan insan tersayang terutama pasangan hidup amatlah perit untuk dilalui dan dugaan tersebut bukanlah mudah untuk dihadapi.

Tiada lagi senyum tawa yang menghiasi hari-hari mendatang apabila suami atau isteri pergi selamanya.

4 bulan isterinya pergi mengadap Ilahi

Berat hati memandang, namun berat lagi bahu yang memikul. Begitulah nasib yang menimpa seorang suami ini apabila kehilangan isteri tanpa diduga.

Menerusi perkongsian lelaki tersebut di aplikasi TikTok, seorang pengguna bernama Syed Mohd Izzudin.

Difahamkan, sudah hampir 4 bulan isterinya pergi mengadap Ilahi disebabkan masalah jantung.


Syed berkongsi rumah sewanya bersama arwah isteri

Syed berkongsi video keadaan rumah sewa dia dan arwah isterinya sebelum memulangkan kunci kepada tuan rumah.

Bagaimanapun, Syed yang kelihatan ceria di awal video tiba-tiba tidak dapat menahan sebak apabila bercerita mengenai bilik dia dan arwah isterinya itu.

Isterinya gemar menghias rumah

Beliau turut berkongsi cerita mengenai wanita itu yang gemar menghias rumah dan memastikan rumah mereka sentiasa dalam keadaan bersih dan cantik.

Dalam video berkenaan jelas menggambarkan Syed sangat rindukan arwah isterinya apabila terbayangkan kenangan mereka sebelum isterinya  menghembuskan nafas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dan bersimpati dengan nasib yang menimpa Syed itu.


@pokcek3388

ini rumah syed sewa dgn arwah isteri syed.harini tuan rmh mintak kungci rmh.ya allah..terbayang-bayang syg biy dlm rmh ni😥😥#al-fatihah#fyp 🚶🏻‍♂️

♬ Sholawat Sedih Bikin Nangis - Befre Moreno & Various Artists
@pokcek3388

biy tahu yg syg tak akan kembali lg dkt dunia ini.cuma biy nk bg thu biy rindu awak syg..😔allahuakbar😥##al-fatihah utk isteri ku cintai❤️##fyp

♬ original sound - Syed mohd izzuddin🚶🏻‍♂️
“Biy tahu yg syg tak akan kembali lg dkt dunia ini.cuma biy nk bg thu biy rindu awak syg.. Allahuakbar Al -fatihah utk isteri ku cinta”