Wehh tengok ni wehhh. Anak sedara aku baru bangun. Dia mamai pastu datang kat aku sambil tarik baju aku nak susu. Dia ingat aku Mak dia ke woii. Tau la rambut aku panjangggðŸ˜ðŸ˜‚ Lepas ni aku potong la rambutttðŸ˜ðŸ˜‚😂 pic.twitter.com/D1jxDe1J2H
— ZiqMan’s (@haziqaiman_) February 1, 2021
Rupa-rupanya budak berkenaan menyangka lelaki itu adalah ibunya dan meminta susu sambil menyelak baju miliknya. Ternyata keadaan itu telah membuatkan penghuni di dalam rumah terbabit terhibur setelah melihat adegan tersebut. Rata-rata warga netizen tidak ketinggalan meninggalkan rasa lucu mereka menerusi komen di laman akaun Twitter berkenaan. Rakaman itu menjadi tontonan ramai sehingga ia menerima sebanyak 144 ribu tontonan umum setelah dimuat naik pada beberapa hari yang lalu.