Shuib & Siti Sarah Dikompaun Langgar SOP Ramai-Ramai Makan Semeja - Keli Merah -->

Pelawak dan usahawan, Shuib serta isterinya Siti Sarah dikenakan kompaun masing-masing RM1,000 setelah didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah restoran, semalam.

Menurut , Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pasangan itu didapati duduk di sebuah meja melebihi dua orang serta tiada penjarakan fizikal.

Selain itu, dua lagi pelanggan yang duduk semeja bersama pasangan berkenaan di premis terbabit turut dikenakan kompaun.

“Turut dikenakan tindakan ketika rondaan pasukan Task Force Op Covid-19 Balai Polis Kuala Lipis kira-kira jam 9 malam itu ialah pemilik restoran terbabit. 

“Kompaun dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, seorang individu berkongsi foto bersama pasangan selebriti menikmati makan malam di dalam premis berkenaan di laman Facebook miliknya.

Sumber: Sinar Harian

Shuib & Siti Sarah Dikompaun Langgar SOP Ramai-Ramai Makan Semeja

Load Comments

Notifications

Disqus Logo