eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Terhibur Gelagat Dua Ekor Panda Main Salji,Siap Ada Kuak Lentang Lagi




Video melucukan sepasang panda bermain dengan salji berjaya raih perhatian warganet.

Video rakaman yang dirakam di Smithsonian National Zoo di Washington D.C. memaparkan dua ekor panda yang bernama Mei Xiang dan Tian Tian bermain keriangan dengan salji.

Kedua-dua panda yang dilahirkan di China itu kelihatan berbaring terlentang ketika sedang meluncur menuruni bukit yang dilitupi salji.

Dalam klip yang dikongsikan di laman Facebook berkenaan, turut kelihatan salah seekor panda berbaring sambil mengangkat tangannya ke udara ketika mereka meluncur menuruni bukit yang dilitupi salji itu.

Sementara itu, seekor panda lain telah melakukan kuak lentang dan berguling-guling di salji sebelum bangun dan mengoncangkan badannya untuk membersihkan salji di badannya.



Berikutan daripada adegan yang melucukan itu, warganet yang menontonnya telah menyatakan rasa terima kasih kerana video itu telah membantu mereka untuk berasa gembira.

“Video ini menggembirakan hari saya!! Terima kasih kerana berkongsinya!!!” tulis seorang warganet.

“Panda ini telah menggembirakan hari saya! Seronok tengok mereka bermain di salji. Suka panda,” tulis seorang lagi.

Seorang lagi warganet berkata: “Dengan pelbagai masalah di dunia ini, seronok juga dapat menyaksikan sesuatu yang membuat saya tersenyum.”