eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Campak Jerit Pada Budak Video Guru Tadika Undang Kemarahan Netizen

 

Telah tersebar satu video pendek berdurasi 10 saat yang dipercayai terjadi di salah satu tadika terus menjadi viral apabila tindakan itu dikecam oleh orang ramai.

Apa yang menjadi perhatian netizen adalah kerana tindakan seorang wanita yang mengangkat seorang kanak-kanak dan mencampakkannya sedikit ke depan selain turut meninggikan suara selepas itu.

Berang dengan tindakan wanita berkenaan, ramai di antara komen yang ditinggalkan di laman Facebook mengecam perilaku tersebut.

Melalui video itu juga, dilihat kanak-kanak lain hanya mampu melihat kejadian tersebut. Apa yang pasti, tindakan wanita tersebut tidak sepatutnya terjadi.

Memahami keadaan semasa pandemik ini yang penuh tekanan dan genting, sikap profesional yang tinggi di tempat kerja perlu diterapkan, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan situasi melibatkan anak-anak orang.

Sehingga kini, belum ada lagi update terkini sama ada wanita berkenaan dikenakan tindakan atau tidak namun rata-rata netizen sangat tidak berpuas hati dengan kejadian tersebut.