eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Jep Sepahtu Bakal Dapat Anak Kelima ,Sari Yanti Sahkan Hamil

 


Baru sahaja menimang cahaya mata keempat 8 bulan lalu, pelakon Sari Yanti mengesahkan dirinya ini sedang hamil anak kelima.

Berita gembira itu didedahkan oleh Sari menerusi Insta Stroy bagi menjawab soalan yang diajukan netizen selepas timbul spekulasi pelakon itu berbadan dua awal bulan lalu.


Dalam pada itu, pelakon berusia 37 tahun itu juga berkata ini adalah kandungan ketujuh selepas dua kali mengalami keguguran sebelum ini.

Lebih menjadi perhatian, Sari turut menjawab pertanyaan netizen dimana dia sendiri yang menguruskan rumah tangga dan anak-anak tanpa pembantu.



Sari mendirikan rumah tangga dengan Jep Sepahtu pada Februari 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Dariya Inara, 3, dan Muhammad Khidir kini berusia lapan bulan. Sari turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq hasil perkahwinan terdahulu.

Sumber:Sari Yanti