eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Kesian Pakcik Marathon Pepagi ,Kejar Budak Darjah 1 Lari Dari Sekolah

 


Hari pertama sesi persekolahan bagi tahun 2021, pastinya anak-anak teruja untuk belajar dan bertemu rakan-rakan. Tahun lalu hanya sempat beberapa bulan sahaja belajar di sekolah sebelum ditutup akibat Covid-19. Bagi murid darjah 1 mungkin ada pelbagai karenah, ada yang teruja dan tak kurang juga terlalu gementar kerana perlu melalui suasana baharu.

Sama seperti yang berlaku pada seorang murid darjah 1 yang videonya tular hari ini. Menerusi perkongsian di media sosial, kelihatan seorang murid sedang berlari di jalan raya. Kedengaran suara seorang lelaki yang agak semput kerana mengejar budak darjah 1 lari dari sekolah ini.,

 
laju betul budak ini berlari! Insiden ini berakhir selepas seorang wanita menunggang motosikal dan berjaya memintas dan mengambil murid sekolah tersebut. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sebab mengapa budak ini lari dari sekolah.