eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Kucing Lahirkan Semua Oyen Tapi Seekor lain, “Kamu siapa, kamu siapa…”


Buat yang memelihara haiwan comel ini pasti perkara yang paling menyeronokkan tuannya apabila kucing kesayangannya itu melahirkan anak-anak yang sama persis sepertinya terutama bulu yang lebat mahupun warna yang sama.

Walau bagaimanapun, berbeza dengan kisah seorang pengguna TikTok yang menggunakan akaun bernama Akhmad Adhi Wibowo apabila lain pula yang terjadi dengan salah seekor anak kucing yang dimiliknya ini.

Melalui video, dia memuat naik rakaman kucingnya yang melahirkan dan sedang menyusu beberapa anak ekor anaknya yang sama persis seperti ibu kucing apabila memiliki bulu lebat dan juga berwarna Oren.

Namun begitu, selepas berakhirnya video dia merakam salah seekor anak kucingnya yang berwarna belang hitam dimana menunjukkan begitu berbeza dengan anak-anak kucingnya yang lain.

Perkongsian video yang disertakan dengan muzik latar popular di aplikasi TikTok apabila menunjukkan sesuatu yang sama lalu berbeza iaitu lagu berjudul, Kamu Siapa mengundang warganet terhibur.



@adhiwibowo122

Kamu siapa Part II 😂 #catlover #cat #kucinglucu #fypシ #fyp #kucingtiktok11

♬ Kamu Siapa ??? - ibray