Pastinya ramai yang mengikuti drama Aku Yang Kau Gelar Isteri dari bermula siaran hingga kepenghujung cerita yang mana ia bersiaran di slot Samarida TV3 jam 10 Malam.kerana sudah lama kita tidak disajikan dengan drama seram ia berjaya menarik ramai penonton.Dibintangi oleh perlakon hebat dan berbakat Sharifah Sakinah,Adi Putra,Nadia Brian,Lana Nordin dan ramai lagi.
sebuah drama berkisah dendam dan ilmu hitam yang pastinya ramai diantara peminat mula memahami punca sebenar dalam episod kedua terakhir yang dipaparkan pada Khamis lalu, jelas menunjukkan yang menjadi punca segalanya adalah Eizlan (Adi Putra). Di zaman remaja, Eizlan mempermainkan perasaan Laila (Sharifah Sakinah) sehingga menyebabkan gadis tersebut berdendam.
Untuk mendapatkan Eizlan ,Laila sanggup menggunakan ilmu hitam sehingga Eizlan mengikut segala kehendak Laila ,tapi pada episod akhir Eizlan telah tersedar dan kembali kepangkuan isterinya yang lama.
Pastinya Laila tidak berpuas hati dan penghujung drama laila yang telah mati dihidupkan semula sebagai hantu dan pastinya menjadi satu tanda tanya dan rasa tidak puas hati penonton seolah-olah drama tergantung
Sumber:sharifah_sakinah