eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Sukar Mendapatkan Kerja,Pemuda Ini Nekad Buat Pembedahan Plastik

 


Gara-gara fizikalnya didakwa kurang menarik dan ditertawakan ketika menghadiri temuduga kerja, seorang pemuda di Vietnam nekad membuat perubahan pada wajahnya dengan melakukan pembedahan plastik, lapor Oddity Central.

Menerusi akaun TikTok miliknya, Do Quyen sering menjadi perhatian warganet setelah memuat naik video memaparkan keadaan dirinya iaitu sebelum dan selepas prosedur pembedahan tersebut.

Selepas melihat perubahan yang amat ketara itu, ramai meluahkan rasa terkejut dan sukar untuk mempercayai bahawa kedua-dua gambar itu adalah orang sama kerana dia kelihatan tidak ubah seperti ‘oppa’.

Memetik laporan sama, pemuda berusia 26 tahun itu memberitahu pengikutnya bahawa dia telah menghabiskan sekitar 400 juta dong (RM70,403) bagi sembilan prosedur pembedahan termasuk pada bahagian hidung, dagu, gigi, bibir dan mata.


@quyen_do8

#howichange cám ơn ai đó bỏ rơi tôi để tôi tìm lại dc chính mình #lộtxác #Thaydoi

♬ Hẹn Yêu - Minh Vương, Thương Võ, ACV

Menjelaskan mengenai perkara tersebut, dia yang bekerja sebagai jurusolek artis di Saigon berkata rupa paras ‘originalnya’ menjadikan dia sukar untuk mendapat peluang kerja serta mendakwa pernah ditertawakan oleh panel temuduga.

“Selepas membuat pembedahan plastik, ibu bapa tidak dapat mengenali wajah saya. Saya dapat agak situasi seperti itu akan berlaku dan membuatkan saya tidak dapat tahan sebak,” katanya.


@quyen_do8

ai rồi cũng khác #lotxac #lotxacthanhcong

♬ Con vịt xấu xí - mốc 🤯

Walaupun sering mendapat kritikan warganet, Quyen tidak sesekali menyesal dengan tindakan tersebut sebaliknya terpulang pada individu masing-masing asalkan berasa selesa untuk diri sendiri.