Pastinya ada diantara kita merindui suasana dikampung ketika ini ,kewujudan wabak Covid-19 telah menyukarkan kita untuk pulang ke kampung halaman,pada tahun lepas kita tidak dibolehkan rentas negeri pada tahun ini juga sama keadaanya
Biarpun teknologi merapatkan hubungan tetapi ia pastinya tidak sama kerana hanya dapat melihat tanpa menyentuh serta merasa belaian ibu dan ayah terutamanya masakan ibu pasti menimbulkan rasa kesedihan diri kita
Perkongsian video seorang wanita ini yang membuatkan ramai dari warganet tersentuh dan mengalirkan air mata apabila beliau menceritakan rasa rindu suaminya pada air tangan ibu.
wanita tersebut cuba untuk memasak hidangan sepertimana resipi mentuanya gulai ayam Terengganu sebagai hidangan berbuka puasa,saat merasa hidangan tersebut suaminya tidak dapat menahan untuk mengalirkan air mata rindu pada ibunya kerana sudah lama tidak berjumpa sejak PKP lagi dan ia pastinya membuatkan mereka yang menonton video tersebut turut merasa kesedihan tersebut.
@bumohsurprise Kisah sedih ramadhan ke 2 🥲 #rindumak #anakrantau #fypppppp
♬ Original sound owner rmdnramli - Keyla Azwan
Pastinya rata-rata warganet membanjiri ruangan komen turut bersimpati dan menyatakan kerinduan mereka juga kepada kampung halaman juga
Sumber: bumohsurprise