eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Maut Kemalangan Ketika Kejar Penjenayah,Jenazah Anggota Polis Selamat Dikebumikan

Maut Kemalangan Ketika Kejar Penjenayah Jenazah Anggota Polis Selamat Dikebumikan


Sejak pagi tadi, tular di media sosial seorang anggota polis dikenali sebagai Konstabel Muhammad Iqbal bin Mazlan, 22 meninggal dunia apabila terlibat dengan kemalagan ketika mengejar penjenayah.

Berita duka itu pastinya membuatkan ahli keluarga yang berada di Terengganu terkejut mendapat tahu khabar tersebut.

Maut Semasa Kejar Penjenayah

Allahyarham yang bertugas di Balai Polis Dato Keramat, Pulau Pinang telah meninggal dunia pada 17 April 2021 jam 1.35 pagi akibat terlibat dengan kemalangan maut (semasa bertugas mengejar penjenayah) di Jalan Utama, Pulau Pinang.


Selamat dikebumikan

Jenazah Konstabel Muhammad Iqbal bin Mazlan selamat tiba dan disemadikan di Kampung halamannya di Kampung Pantai Air Tawar, Besut, Terengganu.

Mengiringi jenazah Ketua Polis Balai Dato Keramat, Inspektor Ganthan Annamalay, rakan-rakan setugas serta anggota Cawangan Kebajikan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

Inspektor Ganthan menyerahkan bendera keramat PDRM “Sang Saka Biru” dan sepasang pakaian seragam polis milik allahyarham kepada waris sebagai simbolik penghargaan atas khidmatnya sehingga terkorban dalam menjalankan tugas.

Seluruh warga PDRM turut berdukacita dan mengucapkan salam takziah kepada keluarga allahyarham.



Ahli keluarga luah rasa sedih

Sehubungan dengan itu, kenalan Konstabel Muhammad Iqbal telah menzahirkan salam takziah buat keluarga yang ditinggalkan dan berharap agar roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman..

Ahli keluarga pengawai polis itu juga sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan menguruskan proses pengebumian jenazah sehingga selesai.



Suspek Akan Direman  Selama 7 Hari

Dalam pada itu, menerusi laporan daripada Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, suspek berusia 35 tahun itu ditahan dan direman selama 7 hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Suspek turut disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.


“Lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian yang berlaku pada pukul 1 pagi semasa anggota dari Balai Polis Dato Keramat sedang menjalankan rondaan cegah jenayah.

“Pemeriksaan lanjut ke atas suspek menemukan sepeket syabu seberat 22 gram di lokasi kejadian. Kita akan siasat apakah dadah yang dijumpai itu dibawa suspek,” katanya

Sumber: utusan ,facebook