Tanggal 19 April 2021 telah menjadi salah satu tarikh bahagia buat Dato Sri Siti Nurhaliza bersama suami dan keluarga.
Dato Sri Siti atau lebih mesra dengan panggilan Tokti telah pun selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.84 kilogram (kg) menerusi kaedah pembedahan.
Kelahiran bayi kedua Tokti itu disambut gembira oleh suami, anak-anak kepada Datuk K, ustaz serta jurugambar dan doktor yang merawat.
Ini antara salah satu ciapan yang dimuat naik oleh pengguna di Twitter yang mempersoalkan keadilan dan SOP yang diguna pakai oleh hospital, adakah ia hanya untuk rakyat marhaen dan bukan untuk golongan artis, kayangan, menteri dan sebagainya?
Bila bink aku bersalin sorg pon xleh masuk except aku. Bila celeb bersalin sesiapa buleh masuk. Double standard aku dh penat. Moga rezki anak2 dpt pg overseas kerja. Country ni doom. pic.twitter.com/2hsMEm7glF
— Iq_playz #MHRise (@faiqanuar) April 19, 2021
“Bila bini aku bersalin, sorang pun tak boleh masuk kecuali aku. Bila selebriti bersalin, sesiapa boleh masuk. ‘Double standard’ aku dah penat. Moga rezeki anak-anak dapat pergi ‘overseas’ kerja. Country ni ‘doom’,” tulis lelaki itu di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan ciapan tersebut, ramai yang memberikan pendapat masing-masing :
Namun, hospital swasta pula adalah lebih longgar dan tertakluk kepada syarat ditetapkan di hospital tertentu seperti ‘swab test’ terlebih dahulu sebelum menjenguk pesakut.
Menurut sumber, ada yang menyatakan bahawa semua individu yang melawat Tokti dan bayinya sudah melakukan ‘swab test’ sebelum memasuki wad Tokto, jadi tiada masalah untuk melawat.
Sumber: @faiqanuar