eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Pelakon lama Abu Bakar Omar Meninggal Dunia

 

Pelakon
Berita pemergian pelakon itu dikongsikan anaknya, Mohd Zainuddin Abu Bakar di laman Facebooknya sebentar tadi.

Menurut Zainuddin, ayahnya menghembuskan nafas yang terakhir pada 9.04 pagi tadi dan akan disolatkan selepas solat Jumaat. Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru Jalan Pegawai, Alor Setar, Kedah selepas solat Asar hari ini, katanya.

Dikemuliaan pagi Jumaat 4 Ramdhan 1442H bersamaan 16 April 2021 jam 9.04 pagi..

Dengan sedih keluarga memaklumkan bahawa Ayahanda Kami Tuan Haji Abu Bakar Omar telah dijemput kembali ke Rahmatullah..

Jenazah akan diuruskan di No 7 Jalan Bukit Nyamuk Mukim Kurung Hitam Kuala Nerang.. Solat Jenazah dijangka selepas solat Jumaat..

Jenazah akan disemadikan dan disolatkan sekali lagi Masjid Al Ghufran di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru Jalan Pegawai Alor Setar Kedah selepas Solat Asar InsyaAllah..

Mohon doakan Ayahanda kami diampuni segala khilafnya…ditempatkan bersama para Solihin..

Bagi pihak keluarga kami memohon maaf atas segala salah silap Almarhum Ayahanda kami sepanjang hayat beliau bersama masyarakat warga nusa ini..

Sekiranya ada hutang piutang ayahanda…mohon sudi berhubung dengan saya di talian 016 2210340.. Diberkati rahmat Allah selalu duhai Ayahanda… Kami akan sentiasa merinduimu..
Dari Allah kita datang…Kepada Allah kita kembali… Al-Fatihah

Berita itu dikongsi  juga oleh penyampai radio, pengacara dan pelakon Sharifah Shahirah menerusi laman Instagramnya.


“Hari yang barakah, Jumaat bulan yang mulia. Takziah buat keluarga Allahyarham,” tulis Shahirah.

Dilahirkan di Titi Gajah, Alor Setar pada 25 April 1948, Abu Bakar Omar pernah membintangi beberapa filem pecah panggung. Antaranya Fenomena, Cinta Kolestrol, Hingga Hujung Nyawa dan Duyung.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 73 tahun.