eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Penghantar Barang Tetap Tenang Walaupun Digertak Anjing "Siap Belai Lagi"

 

Penghantar Barang Tetap Tenang Walaupun Digertak Anjing 1

Sudah menjadi satu cabaran bagi penghantar barang atau pemandu kurier untuk dikejar anjing jalanan mahupun ditakutkan oleh haiwan peliharaan dirumah yang mereka kunjungi untuk menghantar bungkusan.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru kerana telah banyak kes yang membabitkan pekerja kurier berdepan dengan situasi yang mencemaskan apabila dikejar atau digertak oleh ajing ketika melakukan tugas

Tetapi kisah ini berlainan pula apabila seorang pekerja wanita pemandu kurier Amazon dengan berani tidak memperdulikan anjing yang menyalak untuk menakutkan beliau malah beliau turut membelai haiwan tersebut tanpa rasa takut sedikit pun mungkin kerana sudah biasa dengan keadaan sebegitu

@southcentraljag

“You done!” 😂😂😂😂😂

♬ original sound - JAG

Mungkin benar kata orang tip terbaik untuk elak dikejar atau digertak tidak perlu panik atau takut mahupun lari kerana ia membuatkan haiwan tersebut makin agresif untuk bertindak

Dalam video yang tular dengan lebih 1.5 juta tontonan di TikTok, pekerja Amazon tersebut sedang meletakkan barang di hadapan rumah pelanggan apabila dia dikelilingi dua ekor anjing Rottweiler berwarna hitam.

Namun wanita tersebut meneruskan kerjanya dengan tenang sementara salah seekor anjing itu menyalak padanya. Wanita itu berkata semula kepada anjing itu, “Dah habis?” sebelum mengusap anjing yang lagi satu.

Tindakan wanita itu membuat ramai kagum kerana rata-ratanya mengaku akan cabut lari jika dihampiri anjing ganas seperti itu.