eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Sebab Kenapa Mamat Khalid Berani Ambil ‘Yah Kuchai’ Berlakon. Rupanya Dari Sini Mamat Khalid Ambil Dia

 

Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang arahan pengarah tersohor Mamat Khalid telah menemui penonton bermula 15 April yang lalu.

Sudah beberapa hari ditayangkan, antara watak yang mencuri tumpuan adakah Yah Kuchai, seorang gadis kampung yang tiga suku dan suka meronda kampung menaiki basikal.



Disebalik Nama Yah Kuchai

Menurut pemilik nama sebenar Afea Deanna Baharudean, 21, pada asalnya dia bukanlah seorang pelakon dan terjun ke bidang tersebut setelah dipanggil oleh Mamat Khalid.

“Saya sebenarnya seorang pelatih praktikal di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang bekerja secara sambilan di Sarang Art Hub, sebuah kedai milik Mamat Khalid.

“Dari situ, Mamat perhatikan cara saya layan customer, cara saya jalan, cara saya bergaul dan dia terus panggil saya untuk mengisi watak Yah Kucai,” kata Afea 

Tambah Afea lagi, Yah Kucai merupakan antara penghibur penduduk Kampong Pisang kerana dia seroang yang mudah didekati.


Watak Yah Kuchai

“Yah Kucai ni sebenarnya masa dia dilahirkan, mak bidan terjatuhkan dia. Tu yang otak dia tak berapa nak betul. Yah Kuchai ni seorang tiga suku. Dia juga antara penghibur di Kampong Pisang sebab seorang yang ceria orangnya dan suka tersenyum.


“Saya tak sangka Yah Kucai mendapat perhatian penonton bermula dengan ayat ‘mi kari kuah laksa’ tular di media sosial.

“Bila tengok orang suka dan terima watak Yah Kucai ni, sedikit sebanyak saya gembira dan teruja. Sejak dari episod ‘mi kari kuah laksa’ tu, saya berazam untuk memperbaiki mutu lakonan supaya lebih natural.” jelas Afea lagi.

Promo 18 Puasa Di Kampong Pisang 


Sumber;Gempak