eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Perisik Cinta Tak Diundang Lakonan Andi Bernadee, Shiha Zikir, Bella Astillah

 

Lakonan Andi Bernadee, Shiha Zikir, Bella Astillah

Tonton drama adaptasi novel 'Perisik Cinta Tak Diundang' karya Puteri Aqish di Slot Akasia TV3. Drama arahan Azmi Mohd Hata, menampilkan lakonan Andi Bernadee, Shiha Zikir, Bella Astillah dan Hafidz Roshdi.

JUDUL : PERISIK CINTA TAK DIUNDANG
FULL EPISOD : 1-28
TARIKH TAYANGAN : 21 September 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam  
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Puteri Aqish
PENGARAH : Azmi Mohd Hata
PRODUKSI : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Andi Bernadee, Shiha Zikir, Bella Astillah, Hafidz Roshdi, Wani Kayrie , Salina Saibi, Alis Mariya, Esma Daniel, Fazlina Ahmad Daud, Norish Karman, Amanda Misbun, Dynas Mokhtar, Shamsul Ghau Ghau, Enot

WATAK PELAKON
Andi Bernadee sebagai Niyaz
Shiha Zikir sebagai Medina
Hafidz Roshdi sebagai Firas
Bella Astillah sebagai Erianna
Wani Kayrie sebagai Anida
Salina Saibi sebagai Hanim
Esma Daniel sebagai Tuan Muhsin

SINOPSIS PERISIK CINTA TAK DIUNDANG
‘NASI lemak anak dara tengah menganggur’. Hanya kerana nama itu, mereka sama-sama terikat. Episod perkenalan mereka tidaklah seindah mana. Banyak ‘ter’ antara mereka… terlanggar, tersalah cakap, tersarung…

“Ahh, saya tak kira. Kita sama-sama berlanggar lepas tu telefon saya jatuh. Saya nak awak ganti juga.” Niyaz berkeras. “Faham bahasa tak? Saya tak mampu nak bagi kat awak benda yang sebijik seketul macam ni. Kalau nak sangat saya ganti, boleh. Ambil je batu asah pisau mak saya. Sebiji macam ni. Cukup nipis, cukup saiz. Warna je kelabu asap sikit. Ke nak lagi canggih? Saya upgrade sikit, okey. Ketulan belacan, yang tu siap berbau lagi.”

MEDINA MIKAYLA, seorang berkelulusan tinggi tetapi memilih untuk berbakti pada keluarga. Namun, kalau dia dah bersuara, becoknya mengalahkan burung murai. Habis mak cik-mak cik bawang di kampungnya letak jawatan. Hanya Niyaz Aqasha yang mampu mengunci setiap patah kata gadis itu.

“Nak tanya sikit boleh?” Niyaz bersuara usai Medina makan. “Nak tanya apa?” “Ermm, dah pandai jatuh cinta kat saya kan?” Dush! Satu soalan yang betul-betul buat wajah Medina macam kena simbah dengan sebaldi ketulan ais. Lagi-lagi Niyaz dah mula merenung tenang sambil buat muka yang memang boleh meluruhkan jantung sang wanita. Dengan mata yang sengaja diredupkan, argh! Tak habis-habis nak goda dia dengan mata tu!

RUMAH TANGGA mana yang tidak diuji saat orang ketiga datang menghantui? “Aku tak minta untuk cintai suami orang apatah lagi lelaki itu, Niyaz. Tak mungkin aku sengaja nak humban diri dalam masalah macam ni.” - Erianna

“Tolong jangan cabar mata dan hati I dengan perangai tak bermaruah you. Mulai saat ni, I tak kan berdiam diri, berdiri dan tengok perangai busuk you.” - Medina “Hati sayang abang pegang dalam doa supaya kita sama-sama dekat dan terus bersama.” – Niyaz

MAMPUKAH mereka pertahankan pendirian masing-masing?


PROMO DRAMA PERISIK CINTA TAK DIUNDANG

PARA PELAKON DRAMA PERISIK CINTA TAK DIUNDANGLakonan Andi Bernadee, Shiha Zikir, Bella Astillah


PARA PELAKON DRAMA PERISIK CINTA TAK DIUNDANG 2

PARA PELAKON DRAMA PERISIK CINTA TAK DIUNDANG 4

PARA PELAKON DRAMA PERISIK CINTA TAK DIUNDANG 6