eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Movie Seandainya Kau Ada Lakonan Fendy Bakry, Raysha Rizrose, Nur Ruhainies

 

Seandainya Kau Ada 1

 Saksikan filem 'Seandainya Kau Ada' adaptasi novel karya Hajah Kamsiah Abu akan datang di Astro First saluran 480 bermula 29 April 2021. Juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

JUDUL : SEANDAINYA KAU ADA
GENRE : Romantis Islamik
TARIKH TAYANGAN : 29 April 2021
PENULIS SKRIP : Marr Mohamad
PENULIS NOVEL : Hajah Kamsiah Abu
PENGARAH : Haji Zeel & Chad Abdul Rahman
PRODUKSI : Zeel Production
PELAKON : Fendy Bakry, Raysha Rizrose, Nur Ruhainies, Aidit Noh, Shah Iskandar, Rozita Che Wan, Fauziah Nawi, Haris Ismail, Scha Elinnea, Daler Yusof, Ali Reza, Fendi Seman, Fahrin Ahmad, Azhan Rani

WATAK PELAKON 
Raysha Rizrose sebagai Syahirah
Fendy Bakry sebagai Fazlur
Aidit Noh sebagai Iskandar
Nur Ruhainies sebagai Rozita
Fauziah Nawi sebagai Mak Syahirah
Rozita Che Wan sebagai Mak Iskandar
Shah Iskandar sebagai Rizman
Haris Ismail sebagai Doktor Haris
Scha Elinnea sebagai Tengku Suraya
Daler Yusof sebagai Doktor Andrew
Ali Reza sebagai Ali
Fendi Seman sebagai Ayah Syahirah

LAGU TEMA (OST)
Lagu : Kuasa Cintamu
Penyanyi : Dato Sri Siti Nurhaliza
Lirik : Dato Sri Siti Nurhaliza / Melly Goeslaw
Komposer : Melly Goeslaw

SINOPSIS SEANDAINYA KAU ADA
Mengisahkan tentang Syahirah mencintai Fazlur sejak kecil. Hubungan mereka mula bertambah erat saat Fazlur melanjutkan pelajaran ke Uzbekistan dan berjanji untuk pulang mengahwini Syahirah. Namun, semuanya berubah apabila Fazlur ditangkap berkhalwat bersama Rozita di hari perkahwinan mereka dan dinikahkan dengan Rozita. Syahirah mula berpatah hati dan membawa diri ke Uzbekistan. 5 tahun di Uzbekistan, Syahirah berkenalan dengan Iskandar, jejaka Malaysia yang berjaya membuka semula pintu hatinya. Kerana percaya dengan jodoh yang ditentukan Allah, Syahirah pulang ke Kuala Lumpur untuk mengahwini Iskandar dan terkejut mengetahui punca sebenar Fazlur meninggalkannya dahulu.

TASER SEANDAINYA KAU ADA